Labels

Saturday, December 15, 2018

pencapaian

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA / 2010-2013
· Anugerah Nilam 2011
· Anugerah Persembahan Zapin Terbaik Peringkat Negeri Selangor 2011
· Anugerah Pekerja Terbaik Kelab Permata 2011
· Naib Johan Pertandingan Catur Peringkat Sekolah 2011
· Johan Pertandingan Drama Pendek Peringkat Sekolah 2012.

SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU TERENGGANU / 2013 – 2014
· Tempat ke 4 Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Terengganu 2013
· Tempat Ketiga Pertandingan Bola Keranjang HKSBP Peringkat Kebangsaan 2013

KOLEJ MATRIKULASI PERAK / 2015-2016
· Anugerah Dekan semester 2 2016 


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA / 2016-2019
· Anugerah Dekan Semester 2 2016/2017
· Anugerah Dekan Semester 3 2016/2017
· Anugerah Dekan Semester 1 2017/2018
· Anugerah Dekan Semester 2 2017/2018
· Anugerah Dekan Semester 3 2017/2018
· Tempat ke tiga Pertandingan Softbal SUKEM 2016/2017
· Tempat ke tiga Pertandingan Softbal SUKEM 2017/2018

Friday, December 14, 2018

Pendidikan

Saya mula bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Gombak (1) dan saya juga pernah bersekolah agama di Sekolah Rendah Agama Kampung Puah.  Berbekalkan keputusan UPSR dan UPSRA saya yang agak baik iaitu 3A2B dan 6A3B, saya telah melanjutkan pendidikan saya ke Sekolah menengah Kebangsaan Gombak Setia.

 Saya telah menuntut ilmu saya disana selama 3 tahun iaitu sehingga PMR. Selepas menduduki PMR, saya telah mendapat keputusan yang agak baik iaitu 7A1B. Berbekalkan keputusan PMR saya tersebut, saya telah memohon dan melanjutkan pembelajaran saya ke Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Disana, saya telah mengambil aliran Sains Tulen.

Pada awalnya keputusan peperiksaan saya semakin merosot dan pada akhir tahun tingkatan 4, saya hanya berjaya mendapat keputusan yang memuaskan sahaja dan lulus bagi subjek-subjek hardcore  seperti Add Math, Biologi, Kimia dan juga Fizik. Setelah saya mendapat keputusan tersebut, saya  telah mula berusaha dan mengambil kelas tuisyen setiap kali saya cuti sekolah sejak daripada cuti akhir tahun tingkatan 4.
 Alhamdulillah, hasil usaha dan berkat doa saya, saya telah memperoleh keputusan SPM sebanyak 6A 3B bagi subjek ADD MATH,Bahasa Inggeris dan juga Fizik.Kemudiannya, saya menggunakan keputusan tersebut untuk saya melanjutkan pelajaran saya di Kolej Matrikulasi Perak iaitu di Gopeng, Perak dalam aliran perakaunan.

Di kolej Matrikulasi tersebut, saya telah mempelajari sesuatu yang baharu kerana telah mengambil aliran yang baharu. Matapelajaran Seperti Ekonomi, Perakaunan dan juga Pengajian Perniagaan merupakan sesuatu yang baharu dalam hidup saya yang selama ini mengambil subjek aliran sains tulen. Oleh kerana persekitaran Kolej Matrikulasi tersebut yang sangat kondusif dan mempunyai tenaga pengajar yang penuh dedikasi, saya telah berjaya memperoleh CGPA saya sebanyak 3.88.

Dan kini saya telah melanjutkan pengajian saya di menara gading di Universiti Kebangsaan Malaysia, untuk mengambil pengajian ijazah di dalam kursus Keusahawanan dan Inovasi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan selama 3 tahun dan insya allah saya akan bergraduasi pada tahun 2019.

Friday, November 16, 2018

Kebolehan dan Kecekapan

Kebolehan dan kecekapan mengenai diri saya, telah saya kongsikan. Tujuan perkongsian ini adalah bukan dengan niat hendak menunjuk-menunjuk, akan tetapi tujuannya adalah untuk memberi peringatan kepada diri saya dan juga kepada para pembaca bahawa setiap kebolehan dan kecekapan berikut telah saya kecapi dengan berkat usaha saya sendiri. Saya tidak mempunyai kelebihan seperti bakat semula jadi. Oleh hal yang demikian, saya berharap para pembaca serta diri saya sendiri sentiasa untuk memperbaiki diri dan hidup pada setiap masa dengan harapan kita memperolehi husnul khotimah.

KEBOLEHAN DAN KECEKAPAN:

1. Bertutur Bahasa Inggeris
2. Bertutur Bahasa Portugis
3. Bertutur Bahasa Korea
4. Bertutur Bahasa Jepun
5. Bertutur Bahasa Mandarin
6. Mahir menggunakan Excel
7. Mahir menggunakan Powerpoint
8. Mahir menggunakan Microsoft Word
9. Mahir menggunakan Adobe Ilustrator
10. Mahir menggunakan Adobe Photoshop
11. Mahir menggunakan Filmora Wondershare
12. Mahir menguruskan Pertandingan.
13. Mampu membuat aktiviti Perakaunan.
14. Mudah memahami.
15. Berfikiran Terbuka.
16. Penyabar.
17. Mahir dalam membuat rundingan.

Friday, September 7, 2018

Pengalaman

Pengalaman merupakan sesuatu perkara yang amat bermakna di dalam hidup saya. Sebuah pengalaman adalah penting untuk saya gunakan sebagai pengajaran kepada kehidupan saya pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, sudi saya kongsikan beberapa pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang kehidupan saya pada ketika ini. Jika ada sebarang persoalan ataupun mahu mendapatkan tips-tips daripada saya, jangan malu dan segan, sila comment dan saya akan cuba menjawabnya secepat mungkin.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA / 2010-2013
· Petugas PA System sekolah.
·Ahli Program Permata Sekolah
·Ahli perlancongan Koperasi Sekolah
·Penari zapin Koperasi sekolah
·Pengawas pusat sumber sekolah

SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU TERENGGANU / 2013 – 2014
· Ketua Kelas Tingkatan 5
·Ketua biro Sahsiah Blok Asrama
·Ahli Kadet polis Sekolah
·Atlet bola Keranjang Sekolah

KOLEJ MATRIKULASI PERAK / 2015-2016
· Ketua Praktikum 
· Ketua Tutoran

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA / 2016-2019
· Presiden Kelab Pelajar Tahun Satu (2016-2017)
· Ketua Pengarah Jalinan Kasih Siswa Siswi 2016
· Ahli post program E2MAC 2016
· Atlet Softball Kolej Rahim Kajai 2016-2017
· Pengurus Pasukan Softball Kolej Rahim Kajai 2017-2018
· Bendahari Jelajah Matrikulasi 2017
· Ahli Post Teknikal Jelajah Usahawan Muda 2018-2019

PENGALAMAN BEKERJA / 2010-2019
· Berniaga di bawah Kelab permata 2010-2011
· Penari Zapin 2011-2012
· Promoter Teguh Photo Studio 2016-2017
· Agen Pemasaran Sz Golden Empire 2017-kini

Sunday, October 9, 2016

10 TEKNOLOGI INOVASI DALAM KETENTERAAN


1)Micro Tactical Ground Robot : Robot Terowong Bawah Tanah.


Teknologi canggih ini digunakan oleh pihak tentera bagi membuat pengawasan tempat musuh. Ianya sesuai digunakan di dalam terowong bawah tanah kerana beratnya 20 pound dan dilengkapi sebuah mikrofon, 5 kamera dan 1 sensor infra merah yang mampu mengesan musuh dalam keadaan gelap. Ianya boleh dikawal sehingga 1600 kaki dan dipandu pada kelajuan 2 batu sejam selama 4 jam berterusan.Teknologi ini telah digunakan oleh pihak tentera Israel bagi mengesan musuhnya(rakyat palestin) yang seringkali menerima bekalan harian melalui terowong bawah tanah yang dibina.Kewujudan  teknologi ini membantu pihak tentera dapat melakukan aktiviti pengawasan sempadan,pengawasan gerak musuh hanya dengan mengawalnya melalui hujung jari.





2) Guardium UGV – Kenderaan Darat Tanpa Pemandu




Teknologi ini merupakan kenderaan rondaan yang digunakan oleh tentera dalam aktiviti rondaan perimeter kawalan.Kenderaan ini tidak mempunyai pemandu . Ia mampu memecut sehingga 80 kilometer sejam dan mengawal perimeter daripada dicerobohi musuh. Guardium boleh berfungsi secara solo ataupun berkonvoi secara berpasangan. Terdapat sensor haba, sensor sejata kimia, kamera bidikan automatik dan pembesar suara pada kenderaan tanpa pemandu ini. Selain itu ia dilengkapi sistem senjata api dan alat menangkis serangan misil infra merah dan mampu membawa kargo sehingga 300 kilogram untuk dihantar kepada tentera yang terperangkap di dalam kawasan kawalan musuh. Guardium digunakan di kawasan di mana terdapat bom IED yang diletakkan di tepi jalan. Dengan penggunaan Guardium, nyawa tentera tidak perlu digadaikan ketika meronda perbatasan dan menghantar bekalan kepada yang memerlukan.



3) Protector USV – Kenderaan Laut Tanpa Pemandu




Teknologi ini digunakan bagi mengawal sempadan di laut. Protector boleh mengawal perimeter sekitar kapal perang dan juga pesisiran pantai. Protector dilengkapi dua enjin diesel yang mampu memberikan kelajuan maksimum 50 knot. Sistem senjata mini Typhoon digunakan pada Protector. Sistem senjata automatik ini boleh dipadankan dengan mesingan 0.50 kaliber, pelancar bom tangan ataupun mesingan 7.62 milimeter.



4) IAI Heron : Mata Dan Telinga Di Udara



Teknologi ini sangat berfungsi dalam operasi intipan kerana ianya mempunyai sayap selebar 26 meter dan mampu beroperasi pada ketinggian 40 ribu kaki.Ianya menggunakan kipas dan bukannya enjin jet, Oleh itu,ianya boleh kekal di udara selama 36 jam tanpa henti.pesawat ini mempunyai kamera dan alat pendengar suara yang canggih sehinggakan mampu meberikan maklumat tempat musuh dengan lebih tepat.



5) PVS-14 Night Vision Monocular


Teknologi ini digunakan oleh pihak tentera bagi tujuan pengawasan pada waktu malam dengan lebih selamat.night vision ini dilengkapi dengan resolusi  64 lp/mm (Typ) ,mampu menyelaras  kecerahan daripada 25 kepada lebih 3000 fl/fc,bertahan selama 50jam pada suhu bilik,seberat 351.53 gram dan mempunyai penyelaras diopter daripada +4 kepada-6.Perbezaan night vision ini berbanding yang terdahulu ialah ianya mampu digunakan sebagai binocular dengan cara mecantumkan kedua-dua night vision monocular, dan ianya juga berkebolehan untuk dipasang pada senapang rifel bagi membantu sasaran pada waktu malam.




6) Micro Air Vehicles (M.A.V)





M.A.V merupakan teknologi risikan tentera yang terkini . Saiz kecil kenderaan ini biasanya tidak mudah dikesan oleh musuh.Ianya lazimnya direka seperti lalat,nyamuk,lebah, dan berbagai lagi jenis serangga bersaiz kecil.Ianya dilengkapi dengan kamera berdefinisi tinggi dan perakam suara dan video.Ianya dikawal dengan menggunakan kawalan jarak jauh.Kewujudan kenderaan ini mampu mengurangkan risiko kematian ahli tentera dalam aktiviti risikan.



7) Army Waterproof Boots



Kasut istimewa ini mampu menyelesaikan masalah ahli tentera ketika melakukan operasi yang melibatkan air contohnya dalam lumpur ,ketika hujan,merentas sungai dan sebagainya.But ini telah menggunakan teknologi nano yang mampu mengasingkan molekul air daripada diserap kedalam but.Oleh itu, tentera kini mampu meneruskan operasi tanpa gangguan dalam keadaan selesa.




8) Leafy Suits



Sut ini sangat membantu bagi tentera dalam melakukan tugas didalam hutan.Sut ini dipenuhi dengan rumpai laut/dedaun supaya ianya kelihatan sama dengan suasana  rimbun dedaunan di hutan ataupun seperti rumpai yang terapung di atas paya.Aktiviti penyamaran ini meemudahkan aktiviti serangan hendap terhadap musuh.



9) Iron Man army



Sut yang dilengkapi dengan teknologi ini mampu membantu komando untuk berjalan di medan perang tanpa kesan calar.Sut ini adalah kalis peluru,dan mampu memberi kekuatan superhuman kepada pihak tentera seperti mampu memecahkan dinding dengan satu tumbukan,menahan muatan yang berat dan sebagainya.Tambahan pula, sut ini mampu merawat kecederaan dengan cara menghentikan alirann darah keluar dari badan dan mampu memberi amaran keadaan pengguna sut tersebut.




10) Smart Earpiece Language Translator



Alat pendengar suara ini berfungsi sebagai alat penterjemahan bahasa.Ianya tanpa wayar dan menggunakan bateri dan boleh dicas.Alat ini dilengkapi dengan sistem yang mampu menterjemah hampir kesemua bahasa yang ada di dunia.Ianya akan menterjemah apabila pengguna yang memakainya mendengar bahasa selain bahasa penggunaan pengguna yang telah disetkan.Kewujudan alat ini mampu memudahkan pengguna seperti pelancong yang melancong kenegara asing,pegawai diplomat yang berurusan dengan Negara jiran,pihak tentera yang melakukan tugas diluar Negara dan sebagainya tanpa bantuan penterjemah ataupun orang tengah sebagai medium untuk memulakan perbualan.


Wednesday, September 28, 2016

Tentang Diri


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Muhammad Syazwan bin Mohammad Yaacub. Merupakan anak bongsu daripada 3 adik beradik di dalam keluarga saya. Saya berasal daripada Jalan Gombak Setapak, Kuala Lumpur. Saya berumur 21 tahun yang dilahirkan pada tahun 1997.
Saya merupakan seorang yang gemar untuk menonton filem, drama Korea, Jepun, Inggeris, China dan juga Portugis. Selain itu, saya gemar untuk mempelajari ilmu yang baharu untuk kegunaan seharian dalam hidup saya. Sebagai contoh, belajar memasak melalui you tube, belajar bahasa Portugis dan Bahasa Korea, dan juga saya telah mempelajari  bagaimana untuk mengedit video dan gambar.