1)Micro Tactical
Ground Robot : Robot Terowong Bawah Tanah.
Teknologi canggih ini digunakan oleh pihak tentera
bagi membuat pengawasan tempat musuh. Ianya sesuai digunakan di dalam terowong
bawah tanah kerana beratnya 20 pound dan dilengkapi sebuah mikrofon, 5 kamera
dan 1 sensor infra merah yang mampu mengesan musuh dalam keadaan gelap. Ianya
boleh dikawal sehingga 1600 kaki dan dipandu pada kelajuan 2 batu sejam selama
4 jam berterusan.Teknologi ini telah digunakan oleh pihak tentera Israel bagi
mengesan musuhnya(rakyat palestin) yang seringkali menerima bekalan harian
melalui terowong bawah tanah yang dibina.Kewujudan teknologi ini membantu pihak tentera dapat
melakukan aktiviti pengawasan sempadan,pengawasan gerak musuh hanya dengan
mengawalnya melalui hujung jari.
2) Guardium UGV
– Kenderaan Darat Tanpa Pemandu
Teknologi ini merupakan kenderaan rondaan yang
digunakan oleh tentera dalam aktiviti rondaan perimeter kawalan.Kenderaan ini
tidak mempunyai pemandu . Ia mampu memecut sehingga 80 kilometer sejam dan
mengawal perimeter daripada dicerobohi musuh. Guardium boleh berfungsi secara
solo ataupun berkonvoi secara berpasangan. Terdapat sensor haba, sensor sejata
kimia, kamera bidikan automatik dan pembesar suara pada kenderaan tanpa pemandu
ini. Selain itu ia dilengkapi sistem senjata api dan alat menangkis serangan
misil infra merah dan mampu membawa kargo sehingga 300 kilogram untuk dihantar
kepada tentera yang terperangkap di dalam kawasan kawalan musuh. Guardium
digunakan di kawasan di mana terdapat bom IED yang diletakkan di tepi jalan.
Dengan penggunaan Guardium, nyawa tentera tidak perlu digadaikan ketika meronda
perbatasan dan menghantar bekalan kepada yang memerlukan.
3) Protector USV
– Kenderaan Laut Tanpa Pemandu
Teknologi ini digunakan bagi mengawal sempadan di
laut. Protector boleh mengawal perimeter sekitar kapal perang dan juga
pesisiran pantai. Protector dilengkapi dua enjin diesel yang mampu memberikan
kelajuan maksimum 50 knot. Sistem senjata mini Typhoon digunakan pada
Protector. Sistem senjata automatik ini boleh dipadankan dengan mesingan 0.50
kaliber, pelancar bom tangan ataupun mesingan 7.62 milimeter.
4) IAI Heron :
Mata Dan Telinga Di Udara
Teknologi ini sangat berfungsi dalam operasi intipan
kerana ianya mempunyai sayap selebar 26 meter dan mampu beroperasi pada
ketinggian 40 ribu kaki.Ianya menggunakan kipas dan bukannya enjin jet, Oleh
itu,ianya boleh kekal di udara selama 36 jam tanpa henti.pesawat ini mempunyai
kamera dan alat pendengar suara yang canggih sehinggakan mampu meberikan
maklumat tempat musuh dengan lebih tepat.
5) PVS-14 Night
Vision Monocular
Teknologi ini digunakan oleh pihak tentera bagi
tujuan pengawasan pada waktu malam dengan lebih selamat.night vision ini
dilengkapi dengan resolusi 64 lp/mm
(Typ) ,mampu menyelaras kecerahan
daripada 25 kepada lebih 3000 fl/fc,bertahan selama 50jam pada suhu
bilik,seberat 351.53 gram dan mempunyai penyelaras diopter daripada +4
kepada-6.Perbezaan night vision ini berbanding yang terdahulu ialah ianya mampu
digunakan sebagai binocular dengan cara mecantumkan kedua-dua night vision
monocular, dan ianya juga berkebolehan untuk dipasang pada senapang rifel bagi
membantu sasaran pada waktu malam.
6) Micro Air
Vehicles (M.A.V)
M.A.V merupakan teknologi risikan tentera yang
terkini . Saiz kecil kenderaan ini biasanya tidak mudah dikesan oleh
musuh.Ianya lazimnya direka seperti lalat,nyamuk,lebah, dan berbagai lagi jenis
serangga bersaiz kecil.Ianya dilengkapi dengan kamera berdefinisi tinggi dan
perakam suara dan video.Ianya dikawal dengan menggunakan kawalan jarak
jauh.Kewujudan kenderaan ini mampu mengurangkan risiko kematian ahli tentera
dalam aktiviti risikan.
7) Army
Waterproof Boots
Kasut istimewa ini mampu menyelesaikan masalah ahli
tentera ketika melakukan operasi yang melibatkan air contohnya dalam lumpur
,ketika hujan,merentas sungai dan sebagainya.But ini telah menggunakan
teknologi nano yang mampu mengasingkan molekul air daripada diserap kedalam
but.Oleh itu, tentera kini mampu meneruskan operasi tanpa gangguan dalam
keadaan selesa.
8) Leafy Suits
Sut ini sangat membantu bagi tentera dalam melakukan
tugas didalam hutan.Sut ini dipenuhi dengan rumpai laut/dedaun supaya ianya
kelihatan sama dengan suasana rimbun
dedaunan di hutan ataupun seperti rumpai yang terapung di atas paya.Aktiviti
penyamaran ini meemudahkan aktiviti serangan hendap terhadap musuh.
9) Iron Man army
Sut yang dilengkapi dengan teknologi ini mampu
membantu komando untuk berjalan di medan perang tanpa kesan calar.Sut ini
adalah kalis peluru,dan mampu memberi kekuatan superhuman kepada pihak tentera
seperti mampu memecahkan dinding dengan satu tumbukan,menahan muatan yang berat
dan sebagainya.Tambahan pula, sut ini mampu merawat kecederaan dengan cara
menghentikan alirann darah keluar dari badan dan mampu memberi amaran keadaan
pengguna sut tersebut.
10) Smart
Earpiece Language Translator
Alat pendengar suara ini berfungsi sebagai alat
penterjemahan bahasa.Ianya tanpa wayar dan menggunakan bateri dan boleh
dicas.Alat ini dilengkapi dengan sistem yang mampu menterjemah hampir kesemua
bahasa yang ada di dunia.Ianya akan menterjemah apabila pengguna yang
memakainya mendengar bahasa selain bahasa penggunaan pengguna yang telah
disetkan.Kewujudan alat ini mampu memudahkan pengguna seperti pelancong yang
melancong kenegara asing,pegawai diplomat yang berurusan dengan Negara
jiran,pihak tentera yang melakukan tugas diluar Negara dan sebagainya tanpa
bantuan penterjemah ataupun orang tengah sebagai medium untuk memulakan
perbualan.
No comments:
Post a Comment