Labels

Friday, December 14, 2018

Pendidikan

Saya mula bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Gombak (1) dan saya juga pernah bersekolah agama di Sekolah Rendah Agama Kampung Puah.  Berbekalkan keputusan UPSR dan UPSRA saya yang agak baik iaitu 3A2B dan 6A3B, saya telah melanjutkan pendidikan saya ke Sekolah menengah Kebangsaan Gombak Setia.

 Saya telah menuntut ilmu saya disana selama 3 tahun iaitu sehingga PMR. Selepas menduduki PMR, saya telah mendapat keputusan yang agak baik iaitu 7A1B. Berbekalkan keputusan PMR saya tersebut, saya telah memohon dan melanjutkan pembelajaran saya ke Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Disana, saya telah mengambil aliran Sains Tulen.

Pada awalnya keputusan peperiksaan saya semakin merosot dan pada akhir tahun tingkatan 4, saya hanya berjaya mendapat keputusan yang memuaskan sahaja dan lulus bagi subjek-subjek hardcore  seperti Add Math, Biologi, Kimia dan juga Fizik. Setelah saya mendapat keputusan tersebut, saya  telah mula berusaha dan mengambil kelas tuisyen setiap kali saya cuti sekolah sejak daripada cuti akhir tahun tingkatan 4.
 Alhamdulillah, hasil usaha dan berkat doa saya, saya telah memperoleh keputusan SPM sebanyak 6A 3B bagi subjek ADD MATH,Bahasa Inggeris dan juga Fizik.Kemudiannya, saya menggunakan keputusan tersebut untuk saya melanjutkan pelajaran saya di Kolej Matrikulasi Perak iaitu di Gopeng, Perak dalam aliran perakaunan.

Di kolej Matrikulasi tersebut, saya telah mempelajari sesuatu yang baharu kerana telah mengambil aliran yang baharu. Matapelajaran Seperti Ekonomi, Perakaunan dan juga Pengajian Perniagaan merupakan sesuatu yang baharu dalam hidup saya yang selama ini mengambil subjek aliran sains tulen. Oleh kerana persekitaran Kolej Matrikulasi tersebut yang sangat kondusif dan mempunyai tenaga pengajar yang penuh dedikasi, saya telah berjaya memperoleh CGPA saya sebanyak 3.88.

Dan kini saya telah melanjutkan pengajian saya di menara gading di Universiti Kebangsaan Malaysia, untuk mengambil pengajian ijazah di dalam kursus Keusahawanan dan Inovasi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan selama 3 tahun dan insya allah saya akan bergraduasi pada tahun 2019.

No comments:

Post a Comment