Labels

Sunday, October 9, 2016

10 TEKNOLOGI INOVASI DALAM KETENTERAAN


1)Micro Tactical Ground Robot : Robot Terowong Bawah Tanah.


Teknologi canggih ini digunakan oleh pihak tentera bagi membuat pengawasan tempat musuh. Ianya sesuai digunakan di dalam terowong bawah tanah kerana beratnya 20 pound dan dilengkapi sebuah mikrofon, 5 kamera dan 1 sensor infra merah yang mampu mengesan musuh dalam keadaan gelap. Ianya boleh dikawal sehingga 1600 kaki dan dipandu pada kelajuan 2 batu sejam selama 4 jam berterusan.Teknologi ini telah digunakan oleh pihak tentera Israel bagi mengesan musuhnya(rakyat palestin) yang seringkali menerima bekalan harian melalui terowong bawah tanah yang dibina.Kewujudan  teknologi ini membantu pihak tentera dapat melakukan aktiviti pengawasan sempadan,pengawasan gerak musuh hanya dengan mengawalnya melalui hujung jari.





2) Guardium UGV – Kenderaan Darat Tanpa Pemandu




Teknologi ini merupakan kenderaan rondaan yang digunakan oleh tentera dalam aktiviti rondaan perimeter kawalan.Kenderaan ini tidak mempunyai pemandu . Ia mampu memecut sehingga 80 kilometer sejam dan mengawal perimeter daripada dicerobohi musuh. Guardium boleh berfungsi secara solo ataupun berkonvoi secara berpasangan. Terdapat sensor haba, sensor sejata kimia, kamera bidikan automatik dan pembesar suara pada kenderaan tanpa pemandu ini. Selain itu ia dilengkapi sistem senjata api dan alat menangkis serangan misil infra merah dan mampu membawa kargo sehingga 300 kilogram untuk dihantar kepada tentera yang terperangkap di dalam kawasan kawalan musuh. Guardium digunakan di kawasan di mana terdapat bom IED yang diletakkan di tepi jalan. Dengan penggunaan Guardium, nyawa tentera tidak perlu digadaikan ketika meronda perbatasan dan menghantar bekalan kepada yang memerlukan.



3) Protector USV – Kenderaan Laut Tanpa Pemandu




Teknologi ini digunakan bagi mengawal sempadan di laut. Protector boleh mengawal perimeter sekitar kapal perang dan juga pesisiran pantai. Protector dilengkapi dua enjin diesel yang mampu memberikan kelajuan maksimum 50 knot. Sistem senjata mini Typhoon digunakan pada Protector. Sistem senjata automatik ini boleh dipadankan dengan mesingan 0.50 kaliber, pelancar bom tangan ataupun mesingan 7.62 milimeter.



4) IAI Heron : Mata Dan Telinga Di Udara



Teknologi ini sangat berfungsi dalam operasi intipan kerana ianya mempunyai sayap selebar 26 meter dan mampu beroperasi pada ketinggian 40 ribu kaki.Ianya menggunakan kipas dan bukannya enjin jet, Oleh itu,ianya boleh kekal di udara selama 36 jam tanpa henti.pesawat ini mempunyai kamera dan alat pendengar suara yang canggih sehinggakan mampu meberikan maklumat tempat musuh dengan lebih tepat.



5) PVS-14 Night Vision Monocular


Teknologi ini digunakan oleh pihak tentera bagi tujuan pengawasan pada waktu malam dengan lebih selamat.night vision ini dilengkapi dengan resolusi  64 lp/mm (Typ) ,mampu menyelaras  kecerahan daripada 25 kepada lebih 3000 fl/fc,bertahan selama 50jam pada suhu bilik,seberat 351.53 gram dan mempunyai penyelaras diopter daripada +4 kepada-6.Perbezaan night vision ini berbanding yang terdahulu ialah ianya mampu digunakan sebagai binocular dengan cara mecantumkan kedua-dua night vision monocular, dan ianya juga berkebolehan untuk dipasang pada senapang rifel bagi membantu sasaran pada waktu malam.




6) Micro Air Vehicles (M.A.V)





M.A.V merupakan teknologi risikan tentera yang terkini . Saiz kecil kenderaan ini biasanya tidak mudah dikesan oleh musuh.Ianya lazimnya direka seperti lalat,nyamuk,lebah, dan berbagai lagi jenis serangga bersaiz kecil.Ianya dilengkapi dengan kamera berdefinisi tinggi dan perakam suara dan video.Ianya dikawal dengan menggunakan kawalan jarak jauh.Kewujudan kenderaan ini mampu mengurangkan risiko kematian ahli tentera dalam aktiviti risikan.



7) Army Waterproof Boots



Kasut istimewa ini mampu menyelesaikan masalah ahli tentera ketika melakukan operasi yang melibatkan air contohnya dalam lumpur ,ketika hujan,merentas sungai dan sebagainya.But ini telah menggunakan teknologi nano yang mampu mengasingkan molekul air daripada diserap kedalam but.Oleh itu, tentera kini mampu meneruskan operasi tanpa gangguan dalam keadaan selesa.




8) Leafy Suits



Sut ini sangat membantu bagi tentera dalam melakukan tugas didalam hutan.Sut ini dipenuhi dengan rumpai laut/dedaun supaya ianya kelihatan sama dengan suasana  rimbun dedaunan di hutan ataupun seperti rumpai yang terapung di atas paya.Aktiviti penyamaran ini meemudahkan aktiviti serangan hendap terhadap musuh.



9) Iron Man army



Sut yang dilengkapi dengan teknologi ini mampu membantu komando untuk berjalan di medan perang tanpa kesan calar.Sut ini adalah kalis peluru,dan mampu memberi kekuatan superhuman kepada pihak tentera seperti mampu memecahkan dinding dengan satu tumbukan,menahan muatan yang berat dan sebagainya.Tambahan pula, sut ini mampu merawat kecederaan dengan cara menghentikan alirann darah keluar dari badan dan mampu memberi amaran keadaan pengguna sut tersebut.




10) Smart Earpiece Language Translator



Alat pendengar suara ini berfungsi sebagai alat penterjemahan bahasa.Ianya tanpa wayar dan menggunakan bateri dan boleh dicas.Alat ini dilengkapi dengan sistem yang mampu menterjemah hampir kesemua bahasa yang ada di dunia.Ianya akan menterjemah apabila pengguna yang memakainya mendengar bahasa selain bahasa penggunaan pengguna yang telah disetkan.Kewujudan alat ini mampu memudahkan pengguna seperti pelancong yang melancong kenegara asing,pegawai diplomat yang berurusan dengan Negara jiran,pihak tentera yang melakukan tugas diluar Negara dan sebagainya tanpa bantuan penterjemah ataupun orang tengah sebagai medium untuk memulakan perbualan.